RIZALAN CHALET
LOT 460, KAMPUNG BALIK BUKIT, KUALA LINGGI, 78200, MELAKA.
- Rizalan Chalet adalah sebuah tempat yang paling ideal bagi mereka yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang di hujung minggu. Para pengunjung juga berpeluang melihat matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi.
- Rizalan Chalet menawarkan satu percutian lengkap bagi setiap peringkat umur. Keseronokan yang pasti meninggalkan kenangan buat seisi keluarga.
- Rizalan Chalet terletak berdekatan dengan dua medan ikan bakar iaitu di Pengkalan Balak dan Persatuan Nelayan, Kuala Sungai Baru. Jadi buat anda yang ingin melihat sendiri perkampungan nelayan atau menikmati ikan bakar yang segar dan enak, bolehlah berkunjung ke sini.
- Kedudukan Rizalan Chalet yang strategik, terletak berhadapan dengan laut mampu menarik perhatian semua pengunjung yang datang.
- Di sinilah tempatnya dimana pengunjung dapat menikmati percutian dengan penuh ketenangan.
___________________________________________________________
Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp. Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan. Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri. Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
__________________________________________________________